Wednesday 16 November 2011

Kampung orang asli

 

****Atas permintaan beberapa pembaca blog, ada beberapa entry yang akan ditulis dalam bahasa Melayu standard. Ini disebabkan masalah pemahaman pembaca yang bukan berasal dari Negeri Sembilan****

Video di atas merupakan gambaran laluan ke Tanah Tinggi Cameron. Saya berpendapat, kehidupan mereka sangat langgas dan mudah. Jika kita melihat dengan mata kasar, kita pasti merasakan kehidupan mereka sangat tidak bertamadun, susah dan sengsara. 

Namun, jika kita melihat dari sudut lain, saya kira mereka hidup gembira, penuh semangat setiakawan. Malahan mereka menyatu dengan alam. Udara bersih dan pokok menghijau pasti memberikan mereka kesihatan baik.

Mereka juga tidak perlu pening kepala memikirkan cukai pendapatan, memikirkan bil dan hutang piutang. Cuba lihat dan kaji, berapa ramai masyarakat orang asli yang gila atau mengalami masalah mental?

Berbanding masyarakat kita, khususnya di kota.

Mereka juga sebenarnya bijak. Kenapa saya kata begitu?

Jika kita mahu membeli hasil hutan, katakan seikat petai, sudah pasti kita menawar harga.

"Boleh kurang. Tiada masalah..."

Mendengar itu, kita mesti gembira. Mudah sekali rupa-rupanya untuk menawar harga dengan masyarakat yang bagi kita "kurang maju" ini.

Tetapi jangan pelik jika selepas itu kita mendapat seikat petai juga, tetapi dengan jumlah papan yang kurang!

Sebab?

"Encik minta kurang harga. Jadi, kuranglah petainya..."

Bijak, bukan?

Moralnya, jangan memandang hina kepada masyarakat orang asli. Dari sisi lain, kehidupan mereka lebih bermakna daripada kita yang kononnya sangat maju ini.

No comments:

Post a Comment