Tuesday 29 November 2011

Cara-cara menggunakan pemadam api



 

Ari ni den buek amali madamkan api kepado sumo kakitangan opis den. Duo jam ngaja, bia sumo tu tau camano nak madamkan api kok esok-esok ado kebakaran. Mano lah tau, malang mano ado bau, yo tak?

Ado lak yang pompuan-pompuan tu takut bona dongan api. Den koba an, kok takut makno eh tak ghoti masuk dapo tu do...

Tapi mulo-mulo yo. Lamo-lamo yang pompuan-pompuan tu kan main suko lak dio. Ngalahkan tuk guru dio lak. 

Pokok dek kau lah...

Merawat penyakit urat

Lada sulah

Sediakan satu sudu besar lada sulah,tumbuk sampai halus kemudian bubuhkan sedikit air, lalu lumurkan atau sapukan pada tempat yang sakit

 Atau ambil daun kecubong dan bawang merah tumbuk kedua-keduanya dan bubuh ke pinggang yang berasa sakit.

 Ingatan; Baca selawat ketika melakukan rawatan

Cubalah...selamat beramal...

Kalau tak cayo, pokok dek kau lah.

Friday 18 November 2011

Perasmian Terminal Shell West Port

  

Video perasmian Terminal Shell West Port 12 hb September 2011.

Majulah Shell untuk negara!

Thursday 17 November 2011

Dengan Bos bosa den

 
Tanda ingatan dan kenangan

With Mr Azman Ismail, Shell Local Senior Downstream Representative, at the opening ceremony of Shell Westport Terminal on Monday 12th September 2011.

Den ingek an den tinggi. Kosan eh, den ni tak la setinggi mano. Nasib baek den ensem...ni kok anak den baco ni, mau dio guling-guling golak an den.

Wednesday 16 November 2011

Kampung orang asli

 

****Atas permintaan beberapa pembaca blog, ada beberapa entry yang akan ditulis dalam bahasa Melayu standard. Ini disebabkan masalah pemahaman pembaca yang bukan berasal dari Negeri Sembilan****

Video di atas merupakan gambaran laluan ke Tanah Tinggi Cameron. Saya berpendapat, kehidupan mereka sangat langgas dan mudah. Jika kita melihat dengan mata kasar, kita pasti merasakan kehidupan mereka sangat tidak bertamadun, susah dan sengsara. 

Namun, jika kita melihat dari sudut lain, saya kira mereka hidup gembira, penuh semangat setiakawan. Malahan mereka menyatu dengan alam. Udara bersih dan pokok menghijau pasti memberikan mereka kesihatan baik.

Mereka juga tidak perlu pening kepala memikirkan cukai pendapatan, memikirkan bil dan hutang piutang. Cuba lihat dan kaji, berapa ramai masyarakat orang asli yang gila atau mengalami masalah mental?

Berbanding masyarakat kita, khususnya di kota.

Mereka juga sebenarnya bijak. Kenapa saya kata begitu?

Jika kita mahu membeli hasil hutan, katakan seikat petai, sudah pasti kita menawar harga.

"Boleh kurang. Tiada masalah..."

Mendengar itu, kita mesti gembira. Mudah sekali rupa-rupanya untuk menawar harga dengan masyarakat yang bagi kita "kurang maju" ini.

Tetapi jangan pelik jika selepas itu kita mendapat seikat petai juga, tetapi dengan jumlah papan yang kurang!

Sebab?

"Encik minta kurang harga. Jadi, kuranglah petainya..."

Bijak, bukan?

Moralnya, jangan memandang hina kepada masyarakat orang asli. Dari sisi lain, kehidupan mereka lebih bermakna daripada kita yang kononnya sangat maju ini.

Domam Laie


Aduyai...den domam ngan batok lak ha.

Den buek in kab ngan budak dreba ni ko kemeren helan. Nak uji camano dio bawak, camano dio nak daki bukit tinggi camtu dongan cagho paling selamat. Jauh tuuuu.

Den buek kojo jauh-jauh tu ada sobab. Sobab ee bini ngan anak den yang kocik (tapi dio dah masuk unibesiti la)  ke melako. ada mesorat tigo ari kek sanun. Anak den coti laie, minggu dopan ni dio mulo kuliah semulo.

Tapi potang ni den ghaso lain macam bona badan den ni. Domam lak dio. Paneh kepalo den. Batuk pun kok kemain kuek. Domam ghindu ko?

Ujung minggu ni anak den dah nak balik. Tingga la den ngan bini den beduo.

Gitula nasib oghang tuo cam den ni. Duk beduo, bini den ngunyah sighih, den isap rokok daun dopan pintu.

Tuesday 15 November 2011

Sajo yo bagi hilang ngantuk

 
Kadang-kadang kalu dari pagi sampai potang, buleh ngantuk dibuek an. Makonyo, den buat eksesais bagi ilang ngantuk. Kuek lak bunyi hon dio...

Monday 14 November 2011

Salah sangko

Pado pagi-pagi buto tadi, den dapek sms daripado salah soghang pomandu, dio kato eden kono buek incub dongannyo yang mano dijanjikan pado potang jumaat kemaghin, jadi eden tanyolah pado dio... ko mano kito.....KP kato dio.

Eden dah togamba kampong den. Tapi yang poleknyo tu jam saboleh baru jalan ka sanun, tak apolah den masuk opis dulu lah. Dalam kopalo otak den nak copek balik joooooo ado jalan ghasonyo. Ado satu rancangan di kepalo den ,bawak keto ikut dari bolakang dio bilo dah sampai di Senawang den samo dongan dio , itu cagho heeeeee.

Den pon boghi tau kek bos nombo duo, "Nampak eeeee eden balik potang dan malam lah niiii"

Jawab bos nombo duo " tak apo ekau punyo pasa malam pon tak apo." Dio tau tompek tu.

Bilo sampai jam saboleh pemandu tu tunggu den, den tanyo pado dio " jam beghapo leh balek"

Dio jawab  pado den jam duo boleh lah, Den tanyo lagi "Sampai sanun ko ? Dio jawab "Tak, poi balik (pergi-balik) lah..."

Ehhhhhh ekau jangan main- main dongan den, nak mampuih ko bawak lelaju. Ekau toghobang ko.......

"Eh apo lak cik cakap niiiii"  dokek yo tak sampai 20km yo di Jalan Pot Klang jooooo.

Laaaaaaaa ada namo KP kek sanun yoooooo. Den ingat kan di Kuala Pilah. Tu lah deee salah sangko ghupo eeeee

Friday 11 November 2011

Cito den ari ni...


Baghu-baghu ni eden poie brunai. Bos sughuh buek kajian tahap keselamatan jalan ghayo kek sanun.

Umang aii, mahanya baghang dio. Den boli kicen kek anak ngan bini den. Tak dapek la den boli bondo lain do.

Anak ngan bini den coti maso tu. Duo-duo gi jenjalan kek kemeren helen. Den ceting guno mesengger. Dapek gak den ilangkan ghindu den ni, dapek tengok muko anak bini den. Anak bini den comey, takut gak kok oghang buek laghi anak bini den tu.

Den suko bekato-kato, tapi tak suko nulih. Lotih nokan-nokan kek komputa ni. Maklumla den ni oghang kampong. Cakap kolompo den tak ghoti. Kojo den bokobun yo. Caghi duit kok dapek sapuluh duo. Dapek gak den boli sighih pinang bini den. Bini den pun dah tuo. Dio suko makan sighih.

Maap la yo. Coti-coti ni den gi kek ladang itik. Ada itik den yang gomuk pendek tu nama e Waiji (YG). Tu sompono namo manjo bini den. Ada sekor lagi gomuk gak, tu namo e Adik, sompono panggilan manjo anak den. Gomuk gak itik tu.

Pokok dek kau la itik...

Jumpo laie di lain siaran yo. Selamat beramal...

Thursday 10 November 2011

Den Nak Posan

Ini posan den.

Kalau nak togo den, jangan tulih bahso oghang putih. Den tak ghoti tu do.

Kito cubolah samo-samo yo, bertuka-tuka aideo yang elok-elok. Manolah tahu kok ada bondo yang endak dibincang dongan eden.

Eden ni dah tuo. Ponek naip belog ni ha. Anak den yang kocik tolong buek an. Tapi dio tak ghoti cakap pilah.

Umang aiii, dah lewat bona ni. Den nak tido. Jumpo laie yo.